BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 18 October 2013

Something that can't buy

Assalamualaikum 

Tetiba macam rajin nak update blog, al maklum lah penanam anggur yang berbakat. In shaa Allah sementara je jadi penanam anggur ni. Rilex kat rumah dulu nak topup segala tidur makan minum yang tak terurus time dekat Lendu.

Sebut pasal lendu, Ya Allah rindunya dekat kekawan sana. Serious rindu. Hanya Allah yang tahu perasaan rindu ni. Dua tahun setengah kenal dengan dorang, hidup dengan dorang, kongsi macam-macam dengan dorang, tidur sama-sama, makan sama-sama, dorang family kedua dalam hidup ni. Oneday kalau u'olls dah masuk universiti ke kolej ke, u'olls akan faham perasaan i'olls yang tengah rindu merindui ni.

First moment masuk Lendu? Serious cakap tak excited sangat pun sebab tak suka course yang dapat ni. Then pergi daftar dapat kolej Tun Teja bilik 1307. Dengan wajah debor pergi kolej tu tengok-tengok dapat level 3, atas sekali pulak tuh. Pergh, nazak nak angkat barang yang banyak, dengan air mineral banyak. Nasiblah arwah papa ada lagi time tuh boleh lah tolong angkat barang yang banyak tuh. Time MDS memula macam best lelama macam pftttt -__-" Tapi dah habis MDS rindu bagai.

Dekat Lendu lah i'olls jumpa dengan roomates yang super duper awesome, levelmates yang super duper happening, classmates yang super duper sporting, coursemates yang super duper semangat. Masing-masing datang dari background yang berbeza, negeri yang berbeza. Mostly dari johorians and melakarians.

Roomates paling saya sayang. Macam mana nak describe pun tak tahu sayang macam mana sebab sayang sayang tak terhingga. Yelah, everything share dengan roomates, sadness, happiness. Makang sesama, tidur sesama, tengok movie sesama, menangis sesama, gelak sesama, mandi sesama tapi lain-lain toilet lah, solat sesama, semua sesama takde yang tak sesama. Macam minta kaki je aku ni. Haha. Setiap semester akan ada satu event hanya untuk roomates. Gila tak rindu semua tu. Dorang lah adik beradik, dorang lah family, dorang lah kawan, dorang lah girlpreng. I'm appreciate have Marina, Afiqah and Zatiiqa as my beloved roomates.


Perfect roomates since part 1 
Rindu warga TTJ1307 




Almost make me cry. How i miss them damn much. Endless love 

After roomates move to classmates. Classmates? AM110E! Dari part 1 sampai part 4 dengan dorang, ada pertambahan serta kekurangan. Masuk part 5 semua dah berpecah belah masuk kelas lain-lain. But still ingat dorang, still sayang dorang. Paling sayang my bebigels Cah, Zati, Kecik and Mida! Always together since semester 1 sampai 4 and still rapat dengan dorang.


Praise to Allah five of us again in same hall for Dean List Ceremony 


Rindunya dorang. Rindu nak peluk, bergurau dengan dorang :')


Classmates yang happening, sporting. Ya Allah sayangnya dorang 


Tak lupa dekat MAM1105B yang hari-hari happening and ceria 

Dalam ramai-ramai mesti ada sorang yang jadi best buddy, bestie, and my beloved one. Dia yang paling comel, paling kelakar, tak pernah kering gusi kalau lepak dengan dia, penyayang, dia yang senang bergaul, dia yang selalu faham hati kecil ni. Senang cerita dia perfect buddies! I know her since MDS when saw her face she look alike my cousins. Cousins? Actually sepupu sepapat. Haha. Shasha i lap chuuu! :*


I care about you, i always miss you cause you're my lovely bestie.
Pembakar semangat saya bila saya down 

Haaa, bila dah masuk semester 5, kena tendang dah dari kolej. Sampai hati taknak terima kita kan. Kena tendang terkontang kanting nak cari rumah. Ku pilih untuk duduk di Dimensi. Pergh, taknak jauh dengan kelas lagi. Ku redah panas, hujan, mendung untuk ke kelas dengan jalan kaki. Bila dah duduk rumah ni mestilah ada housemates kan. Ha, housemate kalini pun kemain sekepala. Boleh tahan sayang menyayang, tepuk menampar, gelak macam langsuir, bercerita tak nak kalah sampai luar rumah boleh dengar, masak memasak dengan housemate, nak tidur pun kena bergosip dulu. Rindu and sayang dekat barbieians, miss nana, miss rara, miss kaka, miss mimi, miss yaya. Tak lupa dekat eika eiki yang cantik molek. 




Power of love 
Such great family in Lendu 

First time jumpa and kenal memang takde niat nak kenal further, nak suka, nak sayang, nak rindu, nak segala-galanya dengan dia. Alahai, tak minat dengan dia. Tapi bila dah kenal lelama, baik rupanya. Caring person, loving person. Yes i admit it. Sepanjang semester 5 dia peneman ke kelas, peneman pergi makan dekat Intan or Borhan, peneman untuk study walaupun study time on call, peneman pergi dating sana sini, tengok wayang, tahu apa yang saya addicted, tak pernah jemu mahupun muak. Tabah menghadapi perangai saya yang kekadang boleh minta penyepak. Thank you so much Muhammad Firdaus! You're my classmate, my team mates, my soulmates, my everything. Always make me smile even hard to say.


He's complete me. Better half of me 


Always be with me whatever happen 

To be honest, all those memory that we create the whole diploma we can't buy by money. Precious gift ever. Bukan senang nak create semua memory indah ni, bukan boleh beli guna duit, cheque semua nak create semua memory ni. Airmata dan doa mengiringi rindu yang tersemat dalam diri. Macam nak patah balik semua ni tanpa belajar dan segala test quiz and assignment. Tetiba dengar lagu stairway to heaven sambil tulis blog ni, faham tak sedih sangat sebab rindu yang teramat sangat dekat dorang semua. Moga suatu hari nanti kita jumpa balik ye. Moga kita semua graduate on time ye. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tak pernah lupa dekat the whole coursemates. Serious ingat semua orang. Kalau terserempak ke apa ke tegur menegur lah ye. Moga kita dapat result yang baik and cemerlang and graduate sesama wahai sahabatku sekalian.


Part of coursemates 

Salam Alaykum