BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 8 December 2012

Hangout with bebigels, Melaka here we go

ASSALAMUALAIKUM

Just short entry for today. In Shaa Allah. Saya dah start kelas untuk semester 4. Already got assignment. A lots of assignment. What i can say for this semester, i think this semester it's too tough. Me want to cry! Sometimes feel want to give up.

Just straight to the point,semalam me,zatiiqa which is my roomate,shasha and murni tetiba plan last minit nak keluar. Kteorang pergi Jaya Jusco,Melaka. Punya lama tak jejak kaki dekat sana. Rindu sesangat! *Konon* Sewa kereta then agak mencekik darah betul bayaran sewa. Abang tuh mengada-ngada macam tahi kuda lah bagi mahal. Puas tawar menawar.

And for your information,our drive is Zatiiqa Hisham okay. Sengaja nak bold kan. Haha. For the first time actually. Alhamdulillah she drive safely.


For of us 
Zatiiqa, me, murni and shasha


me with shasha and her roomate, murni :)


Our driver, Song Ji hyo. Eh salah. Zatiiqa :)


Shasha and Zati shopping barang dapur. 
Pilih timun, salad and barang dapur lain. 
Ciri-ciri seorang ibu dan isteri mithali ni. Haha


LASTLY BUT NOT LEAST 


Again us :)

Thanks for the day my dear friends.
Next time kita keluar lagi after i get my PTPTN. Harhar. Nasib malang PT masuk lambat.
Okay, nak pergi tasik. Bye, Assalamualaikum :)

Monday 26 November 2012

Perkara yang lepas mematangkan saya

ASSALAMUALAIKUM.

Dengan hari yang tenang, hujan renyai-renyai dekat luar, semua orang tidur termasuk kucing-kucingku dan ditemani lagu yang sayup-sayup, Hurt by Ali Ost Rooftop Prince yang menjadi kegilaanku sekarang. Harap maklum.



Bila kita berpisah dengan seseorang yang kita amatlah sayang lagi suka suatu ketika dulu, bila dikenang akan menyebabkan luka lama berdarah kembali. Cewah. Sebenarnya kita bersama, berpisah tak bersama lagi ataupun berpisah akhirnya kembali bersama, semuanya Allah yang aturkan. Kita sebagai manusia yang lemah, tiada daya mahupun kuasa yang sebegitu hebat hanya mampu merancang dengan pasangan kita akan kahwin 5 atau 6 tahun akan datang and nak anak comel-comel macam ibu. Hihi. Tapi yang menentukan semua itu ialah Allah.

Ada yang bercinta sampai berhari-hari, berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tapi tak semua yang kekal sampai ke jinjang pelamin and hingga akhir hayat kan. Bagi berjaya, Alhamdulillah and Tahniah! For those yang tak berjaya kekalkan, jangan sedih jangan tangisi. Ingat Allah akan anugerahkan seseorang yang lebih baik untuk kita. Mungkin kita rasa dia yang terbaik, superb! Tapi Allah pisahkan ada sebab bukan sebab saja-saja.

Semua orang akan ada kisah cinta dorang tersendiri. Jangan fikir putus cinta sekali terus gelap dunia. Jangan kerana putus cinta, pelajaran terbiar, keluarga dipinggirkan, kawan-kawan dilupakan. EH, tak mau macam tuh wahai kawan-kawan sekalian. Baru putus cinta belum suami mati tuh. Haha. Sebenarnya bila kita clash dengan orang kita sayang, tiba masanya kita dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa. Tiba masanya kita cintakan Allah lebih dari segalanya. Tiba masanya kita mendalami hati kita dengan Allah.

Saya pun tak begitu sempurna untuk menasihati lebih-lebih. Saya pun banyak kekurangan dari segi ilmu agama semua. Tapi saya cuba untuk berubah, cuba untuk memperbaiki diri saya yang terlalu banyak kekurangan. Atleast kita mencuba daripada tidak kan? Sebenarnya tiada istilah couple itu haram. Couple itu haram akan terjadi bila kita melakukan benda yang haram, benda yang mendekatkan diri kita kepada maksiat. Tapi kalau kita couple dengan cara yang baik, dengan cara couple kita mendekatkan diri kepada Allah, jaga  batas pergaulan, tahu adab bergaul semua,InsyaAllah baiklah jadinya. Couple itu halal selepas akad nikah sebenarnya. So jom lah kahwin wahai bakal suamiku yang entah siapa agaknya. Hoho. Saya tahu ni pun bila baca buku sebenarnya. Haha


Ingat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Setiap dari insan itu ada pasangannya sendiri dan telah ditetapkan di luth mahfuz sejak azali lagi. So tunggu dan terus menunggu. Tak perlu risau sebenarnya tapi kita pun kena berusaha dengan berdoa, lakukan solat hajat dan buat apa yang patut.

And for him, Let the past be our memories. Jangan sesekali rasa lemah lepas apa yang terjadi. Mungkin sekarang kita tak ada jodoh tapi tak tahu akan datang kan? Kalau jodoh tak kemana. Like you always say to me, percaya dengan jodoh Allah. Pegang kata-kata tuh, let us follow the flow of life. Jangan sebab ni, pelajaran effect. Fikir masa depan, bukan mengenangkan benda yang lepas. I will always pray for your future. Semoga berjaya didunia dan akhirat, InsyaAllah.


Saya nak cinta saya dengan bakal suami saya macam ni.
Kekal hingga ke akhir hayat, sweet hingga ke tua 
comel lah pasangan cerita Up ni. Geram!

Yang buruk datang dari diri saya sendiri dan yang baik datang dari Allah. Maaf andai kata apa yang saya tulis ni salah, mohon tegur kalau saya silap. 

p/s : Ahad ni saya dah nak balik Melaka. Kenapa masa begitu cepat dan pantas. Nampak sangat masa sangat cemburu dengan saya. Haha. Tak boleh terima hakikat dah kena sambung belajar. Lendu, we'll meet again this sunday. 

Assalamualaikum semua.

Friday 23 November 2012

Happy Born Day to Intan Syafira

ASSALAMUALAIKUM.


Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me,
Happy Birthday to Intan Syafira,
Happy Birthday to meeeee.

*Clap my hand* hukhuk. Happy Born day to meee. Pada 18 November 2012 jatuh pada hari ahad pada pukul 12 tengah malam, genapnya umur saya yang kecik cenonet ni iaitu 19 tahun. Sweet 19! *terasa tua*

Sorry update lambat pasal birthday saya sebab time birthday saya, saya balik kampung. And for sure lah tak bawa balik laptop and also my broadband. So i can't update. Kenapa baru sekarang nak update? sebab baru ada masa. Balik sini hari rabu, then semalam line internet macam hampeh, so sekarang baru ada masa. Alhamdulillah.

Firstly,Thanks to Allah sebab memberikan saya peluang untuk meneruskan hidup ini dibumiNya. Alhamdulillah. Syukur kehadrat ilahi. For me, hidup ini satu anugerah dan hadiah dari Allah. Dia yang tahu sampai bila saya hidup, Dia yang menetapkan sampai bila saya hidup. Dengan izinNya saya masih lagi sihat walafiat.

Special thanks to my family and all my friends for the wish and doa. Your wish and doa are the precious present for me. May Allah always bless you all. InsyaAllah. Thank you so much! Thank you kawan-kawan yang wish dekat facebook, twitter, handphone and whatsApp. Ada yang wish awal, ada yang wish lambat, ada yang tak wish langsung. Saya tak kisah, by the way appreciate it so much.

Orang yang awal wish dekat phone jatuh pada my kak long, Marinaa! Orang yang awal wish dekat facebook jatuh kepada Hazila, my coursemate! Orang yang awal wish dekat twitter jatuh kepada my sista, Nur 'Izzati! Orang yang wish dekat whatsApp jatuh kepada Ameer. Okay done. Haha

Hadiah untuk tahun ni? Alaa,dah besar orang pun taknak bagi dah. Haha. Thanks to my bestie, Ili Najaa. She gave me such a cute teddy bear and nice bracelet. She is the one who gave earlier. She surprise me with a cute teddy bear. 


That bracelet, i love it so much!
Capital I stand for my name and her name, Intan and Ili 


Thank you so much to Wan Nazmi Aiman!
He surprise me by giving this brownies. Sedap sangat.


This dress from my beloved aunty,wawa.
Thank you wawa. lebiu,muah muah muah.
Oh,paisley! In love with youuuuuu 


Birthday saya sama dengan cousin saya. sememangnya umur kami sangat berbeza. Happy Belated Birthday to Zahim. Oh,sama dengan my adik angkat, Happy Belated Birthday Amni Batrisyia. Lahir tarikh yang sama tapi tahun dan waktu yang berlainan semestinya. 



Here muka orang dah cecah umur 19 tahun.
Yeay saya dah besar! *baru nak besar*
walaupun umur meningkat, ketinggian tak meninggi -..-"
Tak boleh buat apa-apa,awek muda kan. *bangga*

My wish is :

  1. Semoga Allah jadikan saya seorang anak yang solehah, seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat.
  2. Semoga perubahan saya yang slow-slow berkekalan dan bertambah baik. InsyaAllah.
  3. Nak score dekan lagi untuk semester 4 and 5
  4. Saya harap saya jadi orang yang lagi tabah, cekal, kuat fizikal dan mental. Haha
  5. Nak maintain tulisan saya *tetiba*
  6. Tak nak fikirkan pasal cinta cintun sampai habis belajar, InsyaAllah.
  7. Nak jadi kawan yang setia, baik hati, comel *over* Kbai
  8. Tak nak disakiti lagi, SEMESTINYA!
Sebenarnya ada lagi tapi tak nak lah bagitahu semua kan. Cukup lerh tuh. Hehe. Okay,Alhamdulillah done update my blog. Happy belated birthday to meee. Assalamualaikum

Friday 16 November 2012

Family harus diutamakan

ASSALAMUALAIKUM..


Please tell me what is love? C.I.N.T.A? Apa itu cinta? Cinta itu sangat complicated untuk diterangkan. Mostly,when we talk about love, people will think relationship between two people with a different gender. But nowadays, ada je yang bercinta berlainan jantina kan? Oh,duniawi duniawi. Al maklum lah akhir zaman. Nauzubillah.

Cinta kepada yang maha Esa,Allah S.W.T itu wajib dan diutamakan. Cinta kepada Rasul juga perlu didahulukan. Cinta kepada ibu bapa itu perlu sama sekali. Dan cinta kepada saudara sesama Islam itu harus. Kekadang kita salah gunakan cinta yang Allah wujudkan dalam hidup kita. Tapi harini saya tak nak bercerita dan berhujah panjang lebar erti cinta. Sebab saya pun tak cukup pengalaman dalam perihal bercinta ni. Hehe.

Sekarang bagi saya cinta yang ada dalam hidup hanya buat Allah, Rasul, keluarga dan kawan-kawan. Semakin hari semakin sayang saya pada family. Semakin saya hargai kasih sayang keluarga. Semakin saya kenal cinta pada keluarga. Bukan bermaksud before ni saya tak sayang, tak cintakan keluarga. Haha. Cuma lepas pemergian arwah papa, saya banyak belajar tuk jadi tabah, tuk jadi seorang anak yang ambil berat pasal keluarga, tuk jadi seorang yang menghargai erti cinta walaupun saya pernah putus cinta, pernah kecewa. Haha

Allah anugerahkan saya keluarga yang sangat caring, sangat baik, sangat sangat penyayang. Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga ini walaupun saya mungkin bukan dikalangan keluarga yang senang, yang kaya, yang mewah. Tapi saya kaya dengan kasih sayang, saya mewah dengan kasih sayang dan saya senang dengan cinta dan kasih sayang yang keluarga saya bagi dan curahkan. Kemain ayat saya sekarang. Haha

I can say here i can't live without my family, honestly. They are my sunshine, they are my soul, my heartbeat, my pwince and pwincess, my everything! So,please don't try to hurt them ya. i will punch you, kick you, beat you if you try to hurt them. takut tak takut tak? Please takut sekarang! Haha. Kemain garang.


Part of my family. Oh, my bakal maksu there. Gonna be part of my family soon.

Actually harini saya keluar shopping dengan my family, my aunty from terengganu turun KL and my future aunty from Kedah pun sama datang rumah. Welcome maksu! Shopping kat jalan TAR je sebab nak shopping tudung. Hihi. Rambang mataku. Duitku melayang lah jugak. Tapi masih mampu mengawal nafsu yang mengada-ngada. Haha. Little bit tired but i'm happy for sure. Spend my time with them as long as i life. I just wanna see the happiness and smile on their face. 


Ohmaigad, i look so chubby -.-"


Next to me, my bakal maksu. Nice to meet and know you maksu :)


my lovely sister. She look matured right? and for sure she higher than me -.-"


Love.


Teman bercerita, teman bergaduh, teman bergosip.

Akhir kata sebelum saya beradu, NEVER forget your family. Tanpa keluarga siapa lah kita. Appreciate them. Apa lagi nak cakap ye. Okay sampai penutup idea tak ada. Haha. Okay nak tidur dulu. Assalamualaikum.


I Love You 

p/s : Awak,saya rindukan awak. Yes, i mean you.

Monday 12 November 2012

Setahun pemergian papa

ASSALAMUALAIKUM..

Untuk Ayahanda yang dikasihi sepanjang masa,
Mohamad Radzi Md Rejab

13 November 2011-13 November 2012 genap SETAHUN pemergian papa tercinta dan tersayang. Kenapa masa begitu pantas? kenapa masa begitu cemburu? Kenapa? Salah satu sebab saya tak suka bulan november ialah mengingatkan peristiwa saya kehilangan papa walaupun bulan ni bulan kelahiran saya. Berat hati bila mengenangkan perasaan rindu pada papa.

Ya Allah, aku redha dengan pemergian papa. Aku terima dengan ikhlasnya. Biarpun papa jauh dengan saya, tak dapat lihat dengan mata kasar, Kau dekatkanlah papa dihatiku. Kasih sayang papa tak pernah kurang walaupun papa tak ada. Airmata buat papa tak pernah kering. Doa buat papa tak pernah putus,InsyaAllah. Semuanya segar dalam ingatan ini.


Ada siapa kisah aku sedih? ada siapa ambil peduli aku menangis?
P/s: ni bukan saya. Gambar sekadar hiasan.

Mungkin orang akan nampak aku tersenyum gelak sana sini, kalau nak tahu itu ubat dan penawar aku tuk ceriakan hidup aku. Allah mengambil papa sebab Allah lebih sayangkan dia. Setiap benda Allah dah aturkan dengan baiknya dan dengan sempurnanya.

Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui wajah papa, suara papa, gurauan papa, telatah papa yang suka mengusik. Dah tak ada yang mengusik and cari gaduh dengan saya. Dah tak da yang buat lawak dan suka buat saya gelak tak kering gusi. Semua tinggal kenangan. Semua hanya ada dalam ingatan. Ternyata sangat susah kehilangan seorang insan yang bergelar AYAH.

Ramai kawan-kawan saya yang kehilangan ayah, saya memahami sangat perasaan itu. Saya boleh rasai apa yang dorang rasai. Sebab itu saya kuat sebab tengok kawan-kawan saya semua kuat dan tabah walaupun sebalik ketabahan dan kekuatan itu tersembunyi kesedihan dan kerinduan. Appreciate your parents as long as they life. Makes them proud of you. Jaga nama baik parents and family. Jangan lukakan hati parents kita. Buat mereka menangis kerana kejayaan kita bukan dengan keburukan kita. Love them most after Allah and Rasul. Because parents is priority after Allah and Rasul. Parents is precious awards from Allah. So,jangan hancurkan hati dan harapan mereka.

I love you papa like this one.
Infinity.


Tulus ikhlas dari anakanda yang comel dimatamu,
Intan Syafira Mohamad Radzi


Hikmah dan rezeki Allah

ASSALAMUALAIKUM..


I was born to be real not to be perfect. Just keep smile and that's the medicine for me.

Hello. Hai. Motif sangat pembuka entry kalini letak gambar sendiri. Hehe. Tak tahu kenapa feeling nak comel kejap. Walaupun saya tahu saya tak secomel perempuan-perempuan yang ada diluar sana. Cukup saya ada sepasang mata, satu hidung, satu mulut, ada kening sikit-sikit. Lesung pipit tak de langsung. Bersyukur dengan kurnian Allah. Alhamdulillah.

Dengan idea yang belum mencurah tapi hati berkeras nak menulis entry, tetap saya memerah otak dengan berharap idea tolong datang cepat sikit boleh? Nampaknya semua student diploma UITM lega dan tenang dengan kehadiran result pada jumaat lepas. Jap salah, kemunculan result sepatutnya. Ada yang berdebar macam nak akad nikah, ada yang takut macam nak terjun dari menara Kuala Lumpur, ada yang kecut perut separuh mati. Macam-macam ragam boleh nampak. 

How about my result? Saya hanya mampu mengucap ALHAMDULILLAH. Target dan impian saya untuk merasa DEAN LIST ataupun DEKAN tercapai dan doa saya selama ini termakbul. Terima Kasih Ya Allah. Agak terkejut bila tengok result semester 3. JUJUR, semester 3 tak semudah yang anda pikirkan untuk course PUBLIC ADMINISTRATION. We have to learn some subject that so killer subject. Alhamdulillah i'm improve a lots. My killer paper i got A- you know! A- for me is precious gred for my killer paper okay. Thanks to PM Rusnah by giving me A- for paper LAW245. Thanks to all lecturers and friends for sure.

Honestly for this semester i have to face a lots of obstacles and some test from Allah. Yes, He gave me test and the rewards is DEAN LIST for this semester. Syukur. Betul cakap orang, ada hikmah Allah uji kita. So take the challenges and prove it that you can face with the calm face like gary oppa. Haha. Allah uji saya dengan menjauhkan dan pisahkan saya dengan orang saya sayang, even it's hard for me but i know i'm strong enough. Then Allah uji saya melalui kawan-kawan, even it's hurt me but i know i'm quite pro to cover it. Cewaah. kemain lagi padahal time kawan-kawan pinggirkan macam apa sedih nak mati. Haha

For me, semua dugaan yang kita tempuhi dan lalui akan ada hikmahnya. Jangan mengeluh. Bila dugaan menimpa kita, sebenarnya Allah nak suruh and didik kita jadi seorang hambaNya yang kuat, tabah, cekal dan sewaktu dengan nya. Walaupun kita akan rasa sakit, pedih, macam separuh nak mati tapi REWARD yang kita dapat InsyaAllah berbaloi. 

Mungkin orang akan cakap, "eleh baru sekali dapat dekan nak bangga, nak kecoh". Memang saya bangga. Saya bangga dengan usaha saya. Mama saya tahu betapa saya nak rasa anugerah dekan sebab anugerah dekan ni hadiah untuk mama dan arwah papa saya. Saya nak arwah papa saya bangga dengan saya. Course ni berkaitan dengan kerjaya arwah papa saya. For me it's hard to take it sebab semua benda akan teringatkan arwah. Everything. Saya cukup bahagia bila dapat tengok mama seronok and bahagia bila dapat tahu saya dapat dekan. Last sem nyaris-nyaris nak dekan, frust menonggeng lah juga. So, benda penting dalam hidup saya ialah dapat tengok mama senyum kerana bangga dan happy. Enough for me.

Saya pun tak nak bebel panjang lebor, kang ada yang lempang saya laju-laju kang. Haha. So i'll never give up until my last breath. Maybe i don't have any love story in my life. Quite bored actually. Haha. Focus on my study and i want to go further. InsyaAllah. Pray for me guys.

Akhir kata, terima kasih sudi membaca and Assalamualaikum. 



Tuesday 6 November 2012

Jejak kasih selepas 10 tahun

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah hati semakin hari semakin pulih, semakin hari semakin bahagia. Mengharapkan hati ni terus bahagia dan mampu tersenyum macam dulu. InsyaAllah :)

Kalau dulu hati tertutup, sekarang? Mohon terbuka buat seseorang. Cewaaah! Gurau. Okay, actually harini saya happy sangat. Eh,tak tahu nak describe happy sangat lah. I met someone special,boleh dikatakan special lah jugak. sebab kan,sebab kan, dia kawan saya time saya darjah 3. Time tu saya stay dekat Indera Mahkota, Kuantan. Hanya setahun kenal dia. Zaman budak-budak bukan ingat sangat kan.

Oh,FAKTA dia orang yang paling saya ingat actually. Even dah pindah ke Genting lah, KL lah, i'm still remember him. Nama dia, muka dia, saya ingat. Dia classmate saya. Tempoh berpisah 10 tahun ye. SEPULUH TAHUN. Bukan jangkamasa yang singkat. hihi. Tapi jumpa dia tadi sangatlah sekejap. Perhaps,kita boleh keluar lagi? haha. Panjang umur kita jumpa lagi ye.

Betapa semangatnya nak jumpa dia harini, saya buatkan untuk dia TIRAMISU! First time buat. Maaf awak kalau tak sedap ye. Saya buat dengan ikhlas just for you. Ala,suwitnya kiteee. Kemain bagi housemate makan, entah sedap ke tidok lah tuh. Haha. Sorry dah cair sebab kita jumpa petang kan.

Oh,actually Adib demam tau. I'm always pray for you Adib. Semoga cepat sembuh tau! Jangan sesekali skip makan ubat. sekeh pale kalau skip makan ubat. Study smart and jangan tangguhkan assignment tau. Belajar elok-elok tau. Thanks a lot for today. Walaupun demam and tak sihat, still sanggup turun and jumpa saya. Thanks awaaak! By the way, comel awak pakai macam tadi. Haha.



Oh,Adib yang sebelah kiri ye.
Tak senonoh betul curi gambar, Maaf Adib. hehe
Dalam banyak2 gambar, tertarik gambar ni je. haha
#buruk perangai Intan ni. Hihihi


This entry special for you Adib. Thank you for everything.
That's all for today,Thank you for reading guys :)


Tuesday 30 October 2012

Peneman semasa cuti semester

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah i'm still alive. Before i start my entry and story about my life and so on,i wanna wish HAPPY BIRTHDAY to my best boyfriend FAHMI ASHRAF. Please don't misunderstand,best boyfriend means kawan lelaki yang terbaik not the special one okay. May Allah always bless you my dear friend. May you success for the future and may you always in care of Allah. Sweet 19!

Okay,back to my story. Peneman masa cuti semester? Quite boring for this semester actually. Shopping? Nope,pokai sudah. Jalan-jalan? belum dalam perancangan. So,i cheering up myself lah. What i do? Watching korean drama until my eyes become panda O.O Korean Drama. Korean Drama. Hari-hari melayan,jangan terkejut kalau saya boleh cakap korea nanti. Haha.

First korean drama yang saya tengok and buat saya addicted dekat artis korea sampai tidur malam pun tak lena terbayang-bayangkan wajah hero cerita tu. Haha. Jap,biar saya list lah korean drama yang saya tengok and paling suka.


  1. My Girlfriend is Gumiho (Lee Seung Gi comel and sweet)
  2. Secret Garden (Tengok tak pernah habis -.-")
  3. Boys Over Flower (Tengok sebab Kim Hyun Joong and Kim Bum)
  4. Heartstring (Yong Hwa sangat COOL and handsome)
  5. Rooftoop Prince (Serious cerita ni best,tak tipu!)
  6. Stairway to Heaven (Best korean drama sampai menangis tak ingat dunia)
  7. To the Beautiful You (My beloved boyfriend,Choi MinHo sumpah handsome and cute!)
  8. Nice Guy/Innocent Man (Cool Song Joong Ki and quite handsome)
Dalam banyak-banyak korean drama,yang saya list ni je saya tengok and suka layan. Yang lain? errrr. Full House? saya tahu ramai suka tengok tapi saya tak tahu kenapa tak berminat nak tengok. Haha. My favourite Japanese Drama of course ONE LITRE OF TEARS. Tolong sediakan baldi kalau nak tengok cerita ni. Kalau guna tisu tak cukup. Alang-alang guna towel terus. Serious banyak kali saya tengok banyak kali saya menangis. Menangis bukan main teruk lagi. Hihi. Oh tak lupa juga dekat RUNNING MAN! Oh damn! Suka gila tengok Running Man. Please,addicted tengok running man. Kim Jong Kook! Jae Suk! HaHa! pretty Ji Hyo! Kwang Soo! Gary Oppa! Joong Ki! Ji Sun Jin! 

Bila saya addicted macam-macam boleh jadi. haha. Oh,I really in love with Choi Minho right now. I don't know how to describe my feeling. Cehhhh. Serious,my heart melting habis bila tengok dia. Hoho. Tak pernah saya suka dekat artis korea macam ni sekali tau tak. Please. Teringin nak jumpa Minho. Actually nanti dia datang Malaysia. Concert Shinee at Sunway. But i can't go there :'( Please someone buy me a ticket. Nevermind,you always in my heart,my mind Choi Minho. Kemain lagi kan. Haha. Ignore my kegilaan disini. Just short entry today. Assalamualaikum. Minta diri dulu ye :)

Tuesday 23 October 2012

Semester break

ASSALAMUALAIKUM..

Hai blogger, hai reader. Long time no see you alls. Yeay i'm done my semester 3! Final exam? DONE! hoyeeeh,hoyeeeh babyyy! *dancing chicken dance* what to do for semester break. what to do, what to do. haha

Dengan berbekalkan panadol dan air mineral, saya gagahkan diri saya yang sangatlah sakit sekarang tuk menulis entry ni. Lupakan sakit saya sekejap,now focus on my story mory that gave a lots of memories. Yesterday,i met my girlfriends and boyfriends from Lendu of course babeh.

JALAN DUTA/KLUANG/KAJANG/CHERAS/SERDANG to SUNWAY PYRAMID to I-CITY, SHAH ALAM :)

My beloved roomate, Zatiiqa Hisham came from Kluang. Semangat gila turun KL. nampak tak permainan zati kat sini. Then,saya dari rumah terus pergi TBS sebab jumpa dekat sana. Yang paling awesome,kteorang tidur rumah shasha! Finally dapat pergi rumah shasha. haha

Sampai TBS terus disambut oleh zati and shasha. Adib and Johar tunggu dekat kereta. Sorryyy lambat eh *mata kelip-kelip* Adib yang bawa kereta. Thanks Adib. Kteorang terus pergi SUNWAY PYRAMID. For your information, this is my first time sampai sunway okay. tak pernah pergi. so bila sampai little bit "JAKUN". Oh,malu nak mengaku tapi terpaksa.

Plan kteorang dekat sunway nak main ice skating. Then sampai kat ice skating. Ohmaigad! bestnyeee! tengok orang main,seriously kagumnya. Kteorang melantak dekat McD dulu,kasi isi perut dulu.


 see that! Awesome right?

Sangatlah jakun and excited nak main. Al maklum lah first time. seriously saya main jatuh terduduk terlentang. Mula-mula tuh malu lah jugak tapi kan dah lama-lama tengok ramai juga yang tak pandai. so tak ada lah malu sangat. First round dengan shasha. kemain bising kteorang terjerit-jerit sebab tak reti nak balance kan badan nak main. sumpah licin okay.

Zati dengan dunia dia main ice skating. haha. Feeling Stairway to Heaven sangat okay tima main ice skating ni. Soong Jong Oppa! *tetiba* Lets see our picture :)


Me with shasha and Johar 


Actually takut nak berdiri. So bajet je muka. haha


Muka shasha bajet berani. Haha. Kau pandang apa sha? 


Johar dah pro main ice skate ni.




Hebat zati dah pandai main.


The boy, Adib and Jo.
First time keluar hangout dengan dorang. Thanks!


Glove kami :)


me with zatiiqa


me with shasha


Kami dengan adik Adib :)



Lepas dah penat main ice skating,kteorang pergi jejalan dekat popular. Then baru pergi MEMANAH! yeah! Tapi yang main tuh Zati,Adib and Jo. Me? Photographer. Shasha? Penonton setia. haha


Second Game 


Pemain pertama,Zatiiqa.


Pemain Kedua,Johar.


Pemain ketiga tengah relax,baju merah tuh pemain ketiga.




Hebat kawan-kawan saya ni memanah.


Penonton PALING setia.


Me with her

Done memanah. Move to I-City,Shah Alam! Hoyeeeh,hoyeeeh! Walaupun dah penat sangat, kaki pun nak berdiri lenguh sangat, tapi kteorang still kuat! hamboi. Kteorang sempat jalan-jalan dekat Sunway. Dapat Baskin Robin free pulak tuh! Rezeki. Alhamdulillah.


Them ^_^




My love 

Done at Sunway Pyramid. See you again. Now,Welcome to I-City. Lapar tak payah cakap lah. pergi makan tapi makanan tak sedap pun, mahal pulak tuh. Tapi takpe lah. Finally sampai I-City. For the first time sampai kat situ.



Kteorang main buai ni. macam dekat genting.


Three of us 


Again the boys


Four of them


Me with the boys :)




Cinderella 
3 Princess and 1 Prince


Apa yang Jo cuba lakukan?


I can see Kim Jong Kook there.


We're android users 
Me,Shasha and Zati 


Zati got present from me and Shasha.
Happy Belated Birthday dear 

Then kteorang pun balik. seriously penat. Sampai rumah shasha dalam pukul 12 lebih kot. tak ingat lah. then tidur. sebab esoknya nak bangun awal. *Kononnya* Esoknya bangun agak kelewatan tak seperti yang dijanjikan. haha. Dek kerana penat sangat. Pagi dalam pukul 10,Jo datang ambil kteorang. Kteorang pergi round-round dekat UPM. Mentang-mentang cuti sem,kemain ronda dalam Uni orang. haha. then terus pergi TBS. Bas zati gerak pukul 12,so kena lah sampai awal sikit.


Dalam rumah shasha,buat kenangan :)


Bye shasha. Gonna miss you so much :')



Me and Zati makan Tutti Fruity :)
Okay,ni first time saya makan tutti fruity. Alahai semua benda first time.

Alhamdulillah siap update entry kalini! Oh,Firstly saya nak wish THANK YOU very much to Johar and Adib sebab bawakan kteorang kesana sini. Happy sangat dapat hangout dengan korang. To Zatiiqa, Plan B kita menjadi and success! Thanks a lot! To Shasha, THANK YOU sudi tumpangkan kteorang dekat rumah kau tau :) Thank you guys! Love them a lots! ♥ 

Thanks for the memories and i will remember this forever ♥ 


Lots of love