BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 June 2012

Dear Classmate

ASSALAMUALAIKUM

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan perjalanan hidupku. Terima Kasih Ya Allah. saya tak berapa nak sihat sekarang. Tetiba je sakit tekak, kepala pula sakit sangat, berdenyut-denyut. tapi saya pun tak tahu kenapa rajin nak update blog saya ni padahal assignment ctu tak siap lagi. hewhew. gatal tangan nak mengupdate.

tak de benda sangat nak cerita, just nak cakap hari selasa hari tu satu kelas saya ambil gambar. punya lah lama tak ambil gambar kelas. feeling-feeling belajar kat sekolah je tapi versi universiti. haha. kteorang pakai baju korporat tau, smart lah semua pakai baju korporat. hehe

lets see our best picture,


Classmate saya ;)
tapi yang perempuan jelah, lelaki ada tapi entah kemana.


alahai, comelnye muka saya. haha
memang minta penamparkan.



me with cah hashim
muka saya sangat lah pucat. haish.. -__-"


me with yan 


me with mak su or nama sebenar Nurul Hidayah


me with my palapes, yusri. haha
yeaaay, saya tinggi dari yusri.
Fake sangat kan. haha


me with daus, zati, mida


Again with classmate


Best picture of us
AM1103E


semoga semester 3 membawa seribu erti buat kami semua, doakan kami semua peroleh result yang cemerlang and insyaAllah Dean List.. We're Diploma in Public Administration's student, First intake 2011/2012, now we're in semester 3 :) 
Assalamualaikum....

Monday 25 June 2012

Malam Ramah Mesra Tun Teja

ASSALAMUALAIKUM.....

Heyyyyyy! lamanya tak update blog, rindu tak. Rindu tak? mesti rindu yang teramat rindu sampai tak tahu nak describe kan. okay saya perasan. Lama saya menyepi bukan? saya dah start belajar so tak ada masa nak luangkan masa bersama blog tersayang ni. saya pun rindu nak update.

oh,saya tak boleh update panjang-panjang sebab nak tidur kejap sebab mata dah rabaaak ni. okay,berbalik kepada tajuk diatas. Actually ni cerita minggu lepas baru nak update,hukhuk. Malam mesra Tun Teja,kolej saya ada buat AGM or Annual Grand Metting. Actually nak welcome dekat budak part 2 yang baru masuk kolej Teja yang kena campak dari kolej baru. HAHA

Tak baik kan gelak setan macam tu. Al maklum lah dah senioooor part 3. bangga sikit. okay,malam tu just kenal dengan semua MT Kolej and RS Teja. Start lepas maghrib habis dalam pukul 11 lebih kalau tak silap. so moh lerh tengok gambar saya dengan roomates saya yang tersayang lagi tercintaaaa :)



Before Malam Mesra Teja
From left : Afiqah,Intan,Zatiiqa,Marina


Menggila before pergi :)




After Malam Mesra Teja :)
Minta tolong jiran depan bilik ambil kan gambar ni.
mekasih Ain kecik and Ain Besar :)

Okay,thats all. Roomates saya cantik-cantik, comel-comel, gorgeous-gorgeous belaka. Zati paling mantul sebab tudung dia wooooow,hijau kau nyah. hewhew. okay, tunggu next entry pasal Malam Tautan Kasih ye.


Monday 11 June 2012

Semester 3 sudah bermula

ASSALAMUALAIKUM....


Peace ^_^

oh,dengan tetibanya gambar ku menjadi pembuka entry untuk kali ni kan. oh,harini berapa hari bulan anak-anak sekalian? 11 Jun 2012! pandai jawab. *tepuk tangan beramai-ramai* sebenarnya kita nak cakap harini kita dah start kelas. hewhew. Gambar diatas ditangkap oleh Cah Hashim, tempatnya di Bangunan baru yang terpacak atas bukit UITM Melaka.

Kelas dimulakan dengan kelas CTU263 or Islam Management. Alhamdulillah,awal-awal dah kelas agama kan. hihihi. then tengahari dalam pukul 2.30 p.m kelas PAD214 or Introduction of Public Personnel Administration ataupun Human Resources dengan Miss Akma. sengonok! petang ada kelas LAW245 or Malaysian Legal Principle. 

Semester ni saya ada 6 subjek yang kena saya ambil dan belajar. 
  •  PAD214 - Human Resources
  •  LAW245 - Malaysian Legal Principle
  •  ECO211 - Macroeconomics
  •  ACC116 - Introduction of Cost Accounting
  •  CTU263 - Islam Management
  •  BEL311 - English for Academic Purposes
semua subjek tough sangat..doakan saya dapat score semua subjek and get DEKAN for this semester.. Ya Allah,permudahkan lah segala urusan pembelajaran saya untuk semester ini..Amin..


with mida, tak tahu kenapa eksited sangat dapat pergi kelas tuh senyum pun lebor je.


saya tahu budak cah ni tinggi, saya rendah. tapi xpe. haha


with Fakrul. Jangan tegur saya dah gemuk. tolong,tolong. haha


Cah and Izzati

OKAY DONE :)



Friday 8 June 2012

Cuti semester yang awesome

ASSALAMUALAIKUM....

Hoyeeeh,hoyeeh boleh update blog harini sebab lagi berapa hari saya nak balik Melaka..*menangis kesedihan lalu mengelap airmata yang mengalir beberapa titik je* Cuti semester yang mengambil masa selama 2 bulan lebih ini sangat menarik dan awesome! sebab kan,sebab kan saya dapat tidur puas-puas atas katil yang lembut dengan bantal busuk yang sangat disayangi lagi ku cintai..hewhew..

oh,saya tak kerja pun cuti semester ni..buang masa kan? tahu dah..tapi saya duduk rumah pun bukan duk goyang kaki,makan tidur je tau..saya duduk rumah pun kerja jugak,saya tolong mama menjahit and buat kuih untuk tempahan..Anak dara yang rajin dan baik lagi sopan..*bangga sekejap sambil mengangkat kening yang tak berapa nak lebat*

okay,cuti semester kali ni saya kategorikan cuti semester yang super duper awesome! nak tahu kenapa? mesti nak tahu kan..tahu dooooh...okay saya cerita satu persatu okaaay.. cuti semester kali ni saya dapat jumpa ramai kawan-kawan saya termasuk yang dah berhari-hari tak jumpa,berbulan-bulan tak jumpa,bertahun-tahun tak jumpa yakni kesibukan yang melanda atas diri masing-masing.. *perh,ayat first time tersusun dan teratur*

Oh after 1 month saya tak ketemu dan berpisah dengan roomates saya, time Pesta buku besar-besaran di PWTC telah memanggil-manggil ku untuk bersesak di sana..walaweeeh,seriously ramai..tapi saya nak cerita kat sini saya jumpa one of my roomate,Izzati Syafiqah yang jaga dekath booth Ana Muslim..oh kepada siapa nampak dia,say HYEEEE! okay,dia kerja dekat sana..


sengaja letak yang instagram punya..
she's my roomate since semester 1 till semester 2

Saya dapat berjumpa dan berdate dengan teman saya yang belajar di nun jauh disana Terengganu yang ambil course Diploma Akaun,nama dia kan,kan,kan Faizaaaah! setelah berbulan tidak ketemu ya,Apa khabar kamu? baik-baik aja kan? Syukur Alhamdulillah.. *ktetiba* eh,tertinggal pulak satu orang lagi yang saya jumpa pada hari yang sama waktu yang berlainan,cik Aeisyah Afikah.. bergosip,bergelak sakan umpama tidak bertemu beratus-ratus tahun.. hewhew...


Aeisyah And Faizah

Next saya dapat jumpa my dear cici bukan nama sebenar..at the same day i met Suhaila my old friend since i was standard 6 if i not mistaken..actually jumpa dekat rumah cici,dia ada buat jamuan..seriously susah sangat nak jumpa budak cici ni sorang maklum lah busy belajar,budak law pulak kan..same goes to suhaila pun susah nak jumpa..tapi Alhamdulillah dapat jugak jumpa.. oh,saya pun jumpa my junior jugak dekat rumah cici,si adik Athira yang makin cantik,Aziq Aswan yang makin kurus,Liya si adik cici yang makin gorgeous,and jumpa my dear cikgu Rosmaiza..


With Suhaila,Cici and my beloved junior,Athira

okay,lepas tuh,lepas tuh saya jumpa 3 orang kawan saya yang makin membesar dan semakin lawa.. oh,saya pergi date dengan dorang bertiga ni dekat TS lerh..one of my friend,Syazwani,she wanna shopping.. Al maklum lah orang dah habis matrix,so nak lepaskan tension yang dah lama dia pendam.. *ayat ganas* oh,saya jumpa my dear Ili Najaa and Amirah Hasanah...


Ili,Amirah,Wanie,Intan

yang ni best sangat,sebabkan saya jumpa ramai kawan saya..well boleh dikatakan pre reunion... saya jumpa ramai schoolmate saya..Najib,Sadiq,Akim,Afiq,Wan,Fahmi,Aizat,Husain,Arief,Wanie,Mien,Teh..semua dah besar panjang..haish,kangen separuh mati dengan dorang semua ni..rasa nak peluk cium je,yang perempuan jelah..happy tak terkata hari tuh..


Schoolmate :)

seterusnya apa ye...oh! ada tetamu yang sangat special datang rumah saya hari tuh..oh,excited nya nak cakap,excited nya! kawan saya time sekolah rendah datang rumah..oh! Finally dapat jumpa dengan dia.. I met Haida Nadziraizati..dah bertahun kteorang tak keluar and  nak lepak-lepak.. before this terserempak kejap-kejap je..boleh dikatakan dah bertahun tak ketemu..


me with Haida

okay,lagi saya jumpa kawan saya yang genius..both genius,tak tahu lah dorang berdua ni makan apa..pandai sangat masing-masing..first Syafiq Haniffah, second Muhd Noor.. dua-dua ni pandai gila,tak tahu nak describe macam mana..bangga sangat ada kawan pandai ni.. Syafiq ni nak sambung belajar dekat Kanada tau..pandai kan,pandai kan..Good luck Syafiq..


Syafiq and Muhd Noor

Then hari tuh kan saya dikejutkan oleh kawan saya yang pernah tinggal serumah dengan saya.. My dear Ausi Fathihah..awwww,,seriously rindu budak comel ni..kteorang pernah tidur sekali,makan sesame,mandi sesama,OH! mandi tak sesama..kerinduaan yang teramat sangat dekat budak chubby ni..then keluar dengan Ausi,Atikah,Effa,Amy,Najla,Ayu,BF Amy,BF Najla. After berbulan tak jumpa mereka semua dek kerana belajar jauh-jauh..


With Ausi and Friends

lagi apa lagi ye yang awesome..harini kan saya jumpa cik cah! oh,my classmate kat uitm.. after 2 month tak dapat jumpa sebab dia ambil intersesi..waah,semakin cantik..she already wear hijab..InsyaAllah forever and ever..Alhamdulillah..


me and cah

Ouh,tak lupa jugak saya jumpa budak yang pergi PLKN tuh,Wan Nazmi Aiman..hehe,,tetiba malu pulak nak cerita pasal dia kan.. okay,hanya jumpa dia dalam 4-5 kali je sepanjang 2 bulan saya cuti sebabnya dia dah kena pergi PLKN..tapi saya still happy :)


sweet tak?
Alhamdulillah dapat jumpa dia
Tahniah awak sebab dapat 4 flat for your final exam hari tuh
I'm so proud of you :)

okay,panjangkan entry kali ni? kalau nak cerita satu persatu memang panjang tapi ni yang utamanya lah.. terima kasih sudi baca entry yang panjang berjelar ni..idea mencurah-curah,so tak mampu nak berhenti.. okay lah,see you next entry..Assalamualaikum..

Friday 1 June 2012

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR FRIEND

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah harini dah masuk bulan JUN...Syukur alhamdulillah,terima kasih ya Allah kau masih memberi peluang kepadaku tuk meneruskan hidupku..JUNE,please be nice to me okay :)

Oh,back to topic..Pada 28 May 2012,genap lah umur dua orang kawan saya 19 tahun..so i wanna wish HAPPY BELATED BIRTHDAY :) hihihi..sweet 19 babeh! so korang dah boleh kawin dan jangan lupa nak ajak kawan korang yang sorang ni yang comel lote ni..tau,tau... *kelip-kelip mata*

To my dear friends,Nurul Syazwani and Syafrez Syuib :) korang kembar ek,lahir hari yang sama? untung lah ada geng lahir sesama..haha.. okay,i wanna wish for both of you.. Dear friends,,i hope both of you will success in your life..i wish you all the best..semoga umur korang dipanjangkan dan dimurahkan rezeki...Belajar rajin-rajin okay..jangan malas-malas... to syuib,score Dean List for next semester dan seterusnya okay! don't give up! to wanie,,hopefully u can continue your study,degree nanti jangan lupa aku kay...belajar betul-betul tau..score Dean List jugak tau :)

Wanie dah dapat hadiah kan? sorry kalau hadiahku tidak seberapa..okay,dah boleh duduk diam-diam k..haha..Syuib,sorry x bagi hadiah..sorry jugak wish lambat hari tuh..harap x terasa tau.. maafkan lah kawan awak yang comel ni..hihihi..

Pada 29 May 2012,saya pergi celebrate birthday girl,wanie dekat Mid Valley dengan Faizah,Afiq,Syafiq and Muhd Noor :) walaupun agak kepenatan baru balik dari langkawi,saya gagahkan diri jugak keluar dengan dorang semua..so tolong bangga kawan-kawan semua..huhu

kteorang makan dekat pizza hut..then tengok wayang cerita "AKU ADA,KAU ADA??" Shaheizy Sam dengan Yana berlakon..Alahai,minat sangat dengan dorang ni..Sweet sangat dorang tuh.. I wish i can be like them..hehe.. I really FALL IN LOVE with SHAHEIZY SAM <3 so what shoul i do? haish.. -___-" asal dia comel sangat..

berbalik pada story..nak cerita apa lagi eh? tengok gambar kteorang jelah..Btw kteorang guna Camera NIKON abang wanie punya,then g Mid naik kereta okay,,wanie bawa,saya tunjuk jalan..LULUS!

Okay,ayuk tengok gambar kami...

BEFORE MAKAN





me with faizah

 

me with wanie


me with afiq


TIME MAKAN


Birthday Girl :)


Me :)


Them :)



Best picture taken by me :)


The best picture taken by wanie :)


Us at KFC :)

MEET SYAFIQ AND MUHD NOOR


Afiq,Muhd Noor,Me and Wanie :)


me with wanie and syafiq
syafiq,pandang apa tuh? 


me with muhd noor 


me with syafiq


wanie and syafiq
Bestfriend Forever :)


Candid :)

BALIK


First time wanie bawa kereta lalu dekat TOL :)
GOOD JOB WANIE :)


Muka penat actually


The best picture taken by me and I LIKE IT :)
NIKON,InsyaAllah you'll be mine dear..
Seriously x sabar nak kerja and kumpul duit,BELI..
Wait for me my dear NIKON <3

Okay,doneeee! Alhamdulillah siap update blog :)
Again i wanna wish HAPPY BELATED BIRTHDAY to WANIE and SYUIB :)
May Allah always bless both of you,InsyaAllah...Amin...


THE BEST PICTURE OF US
TAKEN BY SYAFIQ HANIFFAH :)

THANK YOU FOR READING :)