BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 26 November 2012

Perkara yang lepas mematangkan saya

ASSALAMUALAIKUM.

Dengan hari yang tenang, hujan renyai-renyai dekat luar, semua orang tidur termasuk kucing-kucingku dan ditemani lagu yang sayup-sayup, Hurt by Ali Ost Rooftop Prince yang menjadi kegilaanku sekarang. Harap maklum.



Bila kita berpisah dengan seseorang yang kita amatlah sayang lagi suka suatu ketika dulu, bila dikenang akan menyebabkan luka lama berdarah kembali. Cewah. Sebenarnya kita bersama, berpisah tak bersama lagi ataupun berpisah akhirnya kembali bersama, semuanya Allah yang aturkan. Kita sebagai manusia yang lemah, tiada daya mahupun kuasa yang sebegitu hebat hanya mampu merancang dengan pasangan kita akan kahwin 5 atau 6 tahun akan datang and nak anak comel-comel macam ibu. Hihi. Tapi yang menentukan semua itu ialah Allah.

Ada yang bercinta sampai berhari-hari, berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tapi tak semua yang kekal sampai ke jinjang pelamin and hingga akhir hayat kan. Bagi berjaya, Alhamdulillah and Tahniah! For those yang tak berjaya kekalkan, jangan sedih jangan tangisi. Ingat Allah akan anugerahkan seseorang yang lebih baik untuk kita. Mungkin kita rasa dia yang terbaik, superb! Tapi Allah pisahkan ada sebab bukan sebab saja-saja.

Semua orang akan ada kisah cinta dorang tersendiri. Jangan fikir putus cinta sekali terus gelap dunia. Jangan kerana putus cinta, pelajaran terbiar, keluarga dipinggirkan, kawan-kawan dilupakan. EH, tak mau macam tuh wahai kawan-kawan sekalian. Baru putus cinta belum suami mati tuh. Haha. Sebenarnya bila kita clash dengan orang kita sayang, tiba masanya kita dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa. Tiba masanya kita cintakan Allah lebih dari segalanya. Tiba masanya kita mendalami hati kita dengan Allah.

Saya pun tak begitu sempurna untuk menasihati lebih-lebih. Saya pun banyak kekurangan dari segi ilmu agama semua. Tapi saya cuba untuk berubah, cuba untuk memperbaiki diri saya yang terlalu banyak kekurangan. Atleast kita mencuba daripada tidak kan? Sebenarnya tiada istilah couple itu haram. Couple itu haram akan terjadi bila kita melakukan benda yang haram, benda yang mendekatkan diri kita kepada maksiat. Tapi kalau kita couple dengan cara yang baik, dengan cara couple kita mendekatkan diri kepada Allah, jaga  batas pergaulan, tahu adab bergaul semua,InsyaAllah baiklah jadinya. Couple itu halal selepas akad nikah sebenarnya. So jom lah kahwin wahai bakal suamiku yang entah siapa agaknya. Hoho. Saya tahu ni pun bila baca buku sebenarnya. Haha


Ingat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Setiap dari insan itu ada pasangannya sendiri dan telah ditetapkan di luth mahfuz sejak azali lagi. So tunggu dan terus menunggu. Tak perlu risau sebenarnya tapi kita pun kena berusaha dengan berdoa, lakukan solat hajat dan buat apa yang patut.

And for him, Let the past be our memories. Jangan sesekali rasa lemah lepas apa yang terjadi. Mungkin sekarang kita tak ada jodoh tapi tak tahu akan datang kan? Kalau jodoh tak kemana. Like you always say to me, percaya dengan jodoh Allah. Pegang kata-kata tuh, let us follow the flow of life. Jangan sebab ni, pelajaran effect. Fikir masa depan, bukan mengenangkan benda yang lepas. I will always pray for your future. Semoga berjaya didunia dan akhirat, InsyaAllah.


Saya nak cinta saya dengan bakal suami saya macam ni.
Kekal hingga ke akhir hayat, sweet hingga ke tua 
comel lah pasangan cerita Up ni. Geram!

Yang buruk datang dari diri saya sendiri dan yang baik datang dari Allah. Maaf andai kata apa yang saya tulis ni salah, mohon tegur kalau saya silap. 

p/s : Ahad ni saya dah nak balik Melaka. Kenapa masa begitu cepat dan pantas. Nampak sangat masa sangat cemburu dengan saya. Haha. Tak boleh terima hakikat dah kena sambung belajar. Lendu, we'll meet again this sunday. 

Assalamualaikum semua.