BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 10 February 2013

I'm a big girl that always be strong

ASSALAMUALAIKUM.

Terima Kasih Uitm sebab bagi cuti yang agak lama pada kami. Seminggu tuh lama lah jugak untuk bercuti. Saya tengah enjoy cuti raya cina ni. Then buat apa cuti ni? Haruslah lepaskan segala tekanan yang menimpa dan membebani diri ini.

Ya Allah. Kenapa tekanan ni tak pernah nak berkurang, tak pernah nak habis. Sometimes saya tak mampu nak control segala tekanan ni. What i need now just my bestfriend, Ili Najaa. Sesungguhnya saya rasa bersyukur sebab ada kawan-kawan yang sangat mengingati saya, merindui saya, menyayangi saya, memahami saya macam kawan-kawan sekolah saya. Saya rindu gila tahap dewa dekat Ili, Wanie, Faizah. Teha, Mien, Teh and semua.Dorang lebih sporting, dorang awesome, dorang sangat-sangat best! Seriously saya cakap, pergi lah mana-mana pun kawan sekolah yang terbaik. Dorang lebih mengenali diri kita.

Ya Allah kenapa ada manusia yang sangat HIPOKRIT? oh sangat tidak memahami dunia sekarang. Saya tak cakap saya baik umpama malaikat ye. Tapi mohon lah mulut tuh secantik wajah yang Allah anugerahkan, Allah kurniakan. Manusia ni sometimes tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada. Bila ada depan mata tak nak hargainya, tak jaganya TAPI bila dah hilang baru nak tercari-cari, tergapai-gapai. JUJUR saya cakap sangat perit dan pedih bila kita hilang something yang sebenarnya penting dalam hidup kita.

Manusia pun tak pernah nak lari dari buat kesilapan kan. Tak semua manusia ni SEMPURNA. Sebaik-baik manusia itu, akan ada juga kesalahan dan kesilapan yang dia pernah buat. Tapi jangan kerana satu kesilapan kecil, nak besar-besarkan sampai satu dunia tahu, sampai satu alam semesta kecoh. Be matured my dear friends.

Dengki? Niat jahat? Mohon Allah tutup pintu hati ini nak dengki dengan orang lain. Mohon Allah jauhkan saya dengan segala niat jahat terhadap orang lain. Ya Allah, saya tak pernah berniat nak buat jahat or lupakan kawan kalau saya ada someone special pun. Saya tak DESPERATE nak ada boyfriend sampai lupakan kawan-kawan. Sedihnya hati ni orang fikir macam tuh. Kenapa orang nak tahu pasal peribadi saya. Nak ambil tahu pasal hal peribadi saya. Sedangkan saya tak pernah ambil kisah pasal orang. Dengan siapa orang tuh couple, dengan siapa orang tuh keluar, dengan siapa orang tuh bergaduh. Hal orang lain biar dorang yang uruskan. Kenapa nak masuk campur? Bila masuk campur orang mengata cakap busybody pulak.

Mama always pesan, biar orang nak buat kita jangan kita buat orang. Yes ma, i will. Mama pun ada pesan,ambil peluang yang datang ni,anugerah Allah. Andai kakak lepaskan belum tentu dapat yang sama. Mungkin yang ini terbaik untuk saya, mungkin yang ini yang boleh buat saya bahagia. Pedulikan orang nak cakap apa. But it's really hard. I'll try to take this chance, and in shaa Allah it's the best way. Allah always be with me. Yes!


I'm not alone. Allah always be with me.

Okay saya dah mengantuk. Nak tidur. Nak rehatkan minda, badan, otak dan segele-gelenyeeee~~

P/S: Dear future zauj, thank you for making my day. Thank you for making me smile again :) In Shaa Allah, saya sayangkan awak kerana Allah :)