BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 15 January 2014

Pengalaman kerja

Assalamualaikummm

Bersua kita di blog yang sunyi dan sepi. Di sebabkan kekangan masa yang sangat limited, tak sempat nak spend time dekat blog tau. Kesian blog kita rindu kita. Di kesempatan tu, WELCOME 2014! Lambat? Biarlah baru nak wish new year. Lambat 15 hari je pun, alahai kecoh pulak. Haha. Starting new year u'olls macam mana? Mesti best kan? Alhamdulillah kalau u'olls bahagia happy ceria sokmo.


I wish i could go for vacation for new year. Wish my dream comes true.

Okay, since i'olls pun tinggal beberapa bulan lagi nak kerja, lepas tu In shaa Allah ada rezeki sambung belajar, mohon semua doakan i'olls dapat sambung degree ye. I'olls nak juga cerita pengalaman manis dan pahit time kerja ni.

Firstly terima kasih Allah sebab bagi peluang dan permudahkan urusan untuk dapat kerja. Alhamdulillah. Jujurlah, bukan senang nak cari kerja, bila dah dapat kalau boleh jangan tolak, jangan memilih sangat sebab takut nanti Allah tutup peluang kita nak cari rezeki. First nak kerja memang nak cari duit. Habak mai sikit siapa tak nak duit? Second nak cari pengalaman, sebab kalau dah ada pengalaman nanti senang nak cari kerja. That's why lah nak kerja.

First time dalam sejarah hidup kerja office. So jakun plus kekok equal to excited. Macam tak kena je? Okay persetankan semua itu. Bila dah dapat, dapat pulak bahagian contract department and kerja sebagai Quantity Surveyor site clerk. Memula macam blur blank je, tapi layan jelah. Belajar jelah. Belajar filing, key in semua tu, fahamkan segala subcon, supplier, fahamkan secara perlahan-lahan sebab benda baru. Terasa macam practical lah.

Bila dah lama-lama selesa dan boleh adapt semua tu. Time paling penat? Time kena photostat main claim. Serious penat, berdiri untuk beberapa jam. Bila dah duduk rumah sewa, kena overtime pulak. Nampak tak permainan dia? Takpe, belajar jangan mengeluh walaupun kekadang terbabas mengeluh jugak. Kerja sampai lembik, sampai tak cukup rehat kekadang. Penat ni macam tak hilang-hilang. Susahnya nak cari duit kan. Baru faham macam mana arwah papa and mama cari duit untuk anak-anak. Susah rupanya. Bila dapat gaji, macam-macam nak bayar, serious cakap tak cukup pun gaji.

Mungkin untuk orang lain cukup tapi untuk aku tak. Even gaji aku 1K lebih pun, macam-macam nak bayar, rumah sewa, broadband, bagi mama sikit, spend untuk family, untuk rumah sewa lagi, api air astro rumah sewa, untuk diri sendiri pun nak jugak merasa walaupun sikit. Nak enjoy lelebih memang tak dapat. Tapi takpe lah, rezeki lain mungkin ada kan. In shaa Allah.

So housemate aku siapa? Semua kakak-kakak belaka. Kak Yuyu, kak Fatin. Dorang ni jugak officemates. Alhamdulillah dorang semua baik, ramah tamah, caring and sporting. Kalau officemates siapa pulak? Kak Yuyu, kak Fatin, Kak Mira, Abg Rahim, Abg GG, En Firoz bos we'olls. Alhamdulillah bos baik sangat, En Firoz bos terbaik, tak pernah marah, cakap pun baik and sopan. Pokoknya selesa dengan bos gitu.


Muka first day kerja time birthday pulak tuh.
Perghh muka budak payah nak bangkit tidur ni.



Bad quality of camera. What to do, beruntung phone ada camera tau.
Ni sekitar department i'olls.


Kak Mira, Kak Ana, Kak Yuyu and Kak Atin.


Kak Ana dah resigned. Miss you Kak Ana :(


Time ni jamuan perpisahan abang Fizi and kak Rina.


We'olls ni kuat makan sebenarnya. Serious, we'olls ni pantang nampak makanan.


Bye bye abang Fizi. Thank you sebab banyak bagi ilmu. Thank you.
Goodluck kerja dekat tempat baru.




First slip gaji. Private and Confidential.

Disebabkan esok kerja, kena bangun awal. Hamba masuk tidur dulu wahai sahabat sekalian. Nanti ada masa kita bersua kembali. Hihi. Good night peopleeee 


Selamat Malam