BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 20 January 2014

Reuniting with old friends

Assalamualaikum

Balik kerja, terkam solat dulu. Chill. Tengah mandi tetiba teringat bagus juga update blog kan. Memandangkan broadband dah nak kena potong sebab intan sapiraaaa ni tak reti nak pergi bayar, duit gaji pun kehabisan, nasib baik ada wifi kat rumah sewa ni tau tau. ALHAMDULILLAH.

Bila penat kerja 6 hari seminggu ni, hari ke-7 tu nak juga relax kan minda dan badan. Part relax kan minda tu aku, relax kan badan tu bukan aku sebabnya kaki ni nak berjalan je, tak reti duduk rumah diam-diam. Actually last minit plan ni selalunya menjadi tau, kalau plan awal-awal selalunya FAIL. Serious u'olls.

Since my ladies tengah cuti, i'olls decide nak spend time dengan dorang. So i'olls pun plan pergi sunway pyramid, ahad pagi. The plan was SUCCESS! Bangun pagi mandi segala, siap-siap semua then minta mama hantar dekat KTM Batu Caves, jalan tutup since raya Thaipusam kannnn. Ramai toksah cakap. Sampai Putra we'olls bertemu. Kecoh kereta tu kalau dah jumpa, mulut pun potpet potpet tak reti nak diam. Hihi

Tanpa GPS we'olls redah je pergi sunway sebabnya first time we'olls pergi sana naik kereta. Biasanya lepak Times Square and Mid Valley je. Key Ell sangat u'olls padahal i'olls dah jadi warga selangorian. Berdasarkan peta dalam minda dan instruction yang diberi oleh En Firdaus, we'olls try jolah. Walaupun sedikit sesat, harap maklum "SEDIKIT" okayyy. Haha. Bukan tempat we'olls kan, harap maaf lerrr.

Alhamdulillah sampai juga! Yeayyyy, sampai-sampai terus ambil gambar. Pantang nampak cermin besar sikit, terus nak selfie. Gila camera gitewww!


Ili, Wanie and Intan 

Pusing punya pusing dalam sunway, cari ice skating celah mana, tetiba lapar pulak. So we'olls decide nak makan dulu! Satu lagi masalah bila nak makan sebabnya tak tahu nak makan apa. Fikir punya fikir, tetiba nampak FULL HOUSE! Semua setuju, so terus tuju dekat full house. Order semua, then time untuk selfie againnnnn!


Thank you for being ma bestfriend since we're high school.


Tadaaa! Yummy Carbonara and Honeydew Milkshake! 


Best part bila manjakan perut dengan makan yang sedap. 




Atoto so suwit makan suap suap gitu 


Dulu kitaorang Melakarian. Tapi sekarang tak dah.


Girlfriend yang paling saya sayang ni 


Beria we'olls, selamba je aku suruh pelayan full house ambilkan gambar. 
Dah kenyang move to next journey, ICE SKATINGGG!

Actually ni second time main ice skating, first time main dengan shasha, zatiiqa, adib and johar. Time semester break part 3. Tapi aku ni bukan pandai main sangat pun, boleh sikit-sikit lah. Disebabkan dua orang ni first time, i'olls kena bawa dorang main. Faham tak situasi bila si kecil kena jaga 2 orang si besar ini? Boleh bayang kena handle dua-dua ni? Haha. Kena pimpin dorang ni pusing satu round, lepas tuh ber-round-round. Jatuh? Haruslahhh. 


Pandai dorang ni main, main tepi-tepi tuh kira pandai lah. Haha
Adoi kelakar kalau ingat balik.


Banyak sangat gambar, so untuk summary kan gambar ni tadaaa 



Suka gambar ni. Kecomelan kami terserlah.



Best girlfriend ever 

Dah habis main semua, we'olls pun balik sebab penat sangat sangat. Kaki ni sakit toksah cakap weyyy. Tapi seronok dia lagi payah nak describe. Thank you girls for spend your quality time with me. Next time kita pergi Amusement Park pulak tau. Akhir tahun kita holiday pergi Singapore ke, kumpul duit dulu tau. Sayang korang sangat-sangat. Thanks wanie hantarkan balik. Thank you so much. 


Selamat Malam semua