BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 2 February 2014

In love with Mini Pavlova

Assalamualaikum.

Sunyi sepi office harini, al maklum lah Chinese New Year. Unproductive monday. Bos semua cuti, then tak tahu nak buat apa sebenarnya. Curi tulang tulis blog kejap, aci dok aci dok. Semalam kan i'olls memanjakan diri baking membaking.

Semalam i'olls try buat pavlova tau and hasilnya menjadi u'ollsss! Haaa, kemain kau suka benor. Actually before ni pernah buat tapi tak menjadi sebab lupa letak cuka. Kalini dah ingat kan, so meringue i'olls kalini naik dengan cantik and molek lagi. Suka suka. So meh cik intan nak share resepi. Serious say, senang sangat nak buat. Tak payah beli.


Mini Pavlova and Basket Pavlova.

Bahan-Bahan :

4 Biji telur ( PUTIH TELUR SAHAJA)
180 gm gula caster
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil tepung jagung
Esen vanila

Topping :
1 cawan Whipping cream
Buah-buah segar (Strawberry, kiwi, anggur)


Ignore tepung dalam balang tu, tak termasuk sebenarnya.


Cara-cara :

1. Asingkan telur putih and telur kuning. Tak nak ada satu pun telur kuning ye. Dah asing, masuk dalam mixer, and pukul putih telur sampai ada buih-buih sikit pastu masuk kan gula sikit demi sedikit sambil pukul.
2. Sambil pukul tuh, masuk kan cuka and tepung jagung. Pukul sampai ringan and kembang. And pastikan sampai keluar tanduk. Faham tak sampai bertanduk? (Try terbalikkan then kira sampai sepuluh, kalau tak jatuh, maksudnya meringue anda menjadi!)



3. Panaskan oven sekitar 170c and biarkan sekejap.
4. Masuk meringue dalam piping bags and bentuk kan meringua anda ikut suka hati lah.
5. Slow kan suhu oven dan masukkan meringue anda. Timing? Dalam 45-50 minit.


6. Dah masak, JANGAN keluarkan terus tau! Buka pintu oven sikit dan restkan dalam oven untuk a few minutes.
7. Bila dah rest, agak-agak gitu baru keluarkan dari oven.


Ni mini pavlova cik intan.


Ni basket pavlova mama. Crunchy and melt in mouth.


So u'olls boleh design dengan buah-buah segar! 

* Whipping cream tu intan guna yang dah siap, so intan just pukul sampai kembang.

Ready to served!


You should try by yourself. Senang sangat kan? Goodluck for those yang nak cuba.


Bakal Queen of dessert 
Thank you prince charming for the jacket. I'm in love 


Assalamualaikum