BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 8 June 2012

Cuti semester yang awesome

ASSALAMUALAIKUM....

Hoyeeeh,hoyeeh boleh update blog harini sebab lagi berapa hari saya nak balik Melaka..*menangis kesedihan lalu mengelap airmata yang mengalir beberapa titik je* Cuti semester yang mengambil masa selama 2 bulan lebih ini sangat menarik dan awesome! sebab kan,sebab kan saya dapat tidur puas-puas atas katil yang lembut dengan bantal busuk yang sangat disayangi lagi ku cintai..hewhew..

oh,saya tak kerja pun cuti semester ni..buang masa kan? tahu dah..tapi saya duduk rumah pun bukan duk goyang kaki,makan tidur je tau..saya duduk rumah pun kerja jugak,saya tolong mama menjahit and buat kuih untuk tempahan..Anak dara yang rajin dan baik lagi sopan..*bangga sekejap sambil mengangkat kening yang tak berapa nak lebat*

okay,cuti semester kali ni saya kategorikan cuti semester yang super duper awesome! nak tahu kenapa? mesti nak tahu kan..tahu dooooh...okay saya cerita satu persatu okaaay.. cuti semester kali ni saya dapat jumpa ramai kawan-kawan saya termasuk yang dah berhari-hari tak jumpa,berbulan-bulan tak jumpa,bertahun-tahun tak jumpa yakni kesibukan yang melanda atas diri masing-masing.. *perh,ayat first time tersusun dan teratur*

Oh after 1 month saya tak ketemu dan berpisah dengan roomates saya, time Pesta buku besar-besaran di PWTC telah memanggil-manggil ku untuk bersesak di sana..walaweeeh,seriously ramai..tapi saya nak cerita kat sini saya jumpa one of my roomate,Izzati Syafiqah yang jaga dekath booth Ana Muslim..oh kepada siapa nampak dia,say HYEEEE! okay,dia kerja dekat sana..


sengaja letak yang instagram punya..
she's my roomate since semester 1 till semester 2

Saya dapat berjumpa dan berdate dengan teman saya yang belajar di nun jauh disana Terengganu yang ambil course Diploma Akaun,nama dia kan,kan,kan Faizaaaah! setelah berbulan tidak ketemu ya,Apa khabar kamu? baik-baik aja kan? Syukur Alhamdulillah.. *ktetiba* eh,tertinggal pulak satu orang lagi yang saya jumpa pada hari yang sama waktu yang berlainan,cik Aeisyah Afikah.. bergosip,bergelak sakan umpama tidak bertemu beratus-ratus tahun.. hewhew...


Aeisyah And Faizah

Next saya dapat jumpa my dear cici bukan nama sebenar..at the same day i met Suhaila my old friend since i was standard 6 if i not mistaken..actually jumpa dekat rumah cici,dia ada buat jamuan..seriously susah sangat nak jumpa budak cici ni sorang maklum lah busy belajar,budak law pulak kan..same goes to suhaila pun susah nak jumpa..tapi Alhamdulillah dapat jugak jumpa.. oh,saya pun jumpa my junior jugak dekat rumah cici,si adik Athira yang makin cantik,Aziq Aswan yang makin kurus,Liya si adik cici yang makin gorgeous,and jumpa my dear cikgu Rosmaiza..


With Suhaila,Cici and my beloved junior,Athira

okay,lepas tuh,lepas tuh saya jumpa 3 orang kawan saya yang makin membesar dan semakin lawa.. oh,saya pergi date dengan dorang bertiga ni dekat TS lerh..one of my friend,Syazwani,she wanna shopping.. Al maklum lah orang dah habis matrix,so nak lepaskan tension yang dah lama dia pendam.. *ayat ganas* oh,saya jumpa my dear Ili Najaa and Amirah Hasanah...


Ili,Amirah,Wanie,Intan

yang ni best sangat,sebabkan saya jumpa ramai kawan saya..well boleh dikatakan pre reunion... saya jumpa ramai schoolmate saya..Najib,Sadiq,Akim,Afiq,Wan,Fahmi,Aizat,Husain,Arief,Wanie,Mien,Teh..semua dah besar panjang..haish,kangen separuh mati dengan dorang semua ni..rasa nak peluk cium je,yang perempuan jelah..happy tak terkata hari tuh..


Schoolmate :)

seterusnya apa ye...oh! ada tetamu yang sangat special datang rumah saya hari tuh..oh,excited nya nak cakap,excited nya! kawan saya time sekolah rendah datang rumah..oh! Finally dapat jumpa dengan dia.. I met Haida Nadziraizati..dah bertahun kteorang tak keluar and  nak lepak-lepak.. before this terserempak kejap-kejap je..boleh dikatakan dah bertahun tak ketemu..


me with Haida

okay,lagi saya jumpa kawan saya yang genius..both genius,tak tahu lah dorang berdua ni makan apa..pandai sangat masing-masing..first Syafiq Haniffah, second Muhd Noor.. dua-dua ni pandai gila,tak tahu nak describe macam mana..bangga sangat ada kawan pandai ni.. Syafiq ni nak sambung belajar dekat Kanada tau..pandai kan,pandai kan..Good luck Syafiq..


Syafiq and Muhd Noor

Then hari tuh kan saya dikejutkan oleh kawan saya yang pernah tinggal serumah dengan saya.. My dear Ausi Fathihah..awwww,,seriously rindu budak comel ni..kteorang pernah tidur sekali,makan sesame,mandi sesama,OH! mandi tak sesama..kerinduaan yang teramat sangat dekat budak chubby ni..then keluar dengan Ausi,Atikah,Effa,Amy,Najla,Ayu,BF Amy,BF Najla. After berbulan tak jumpa mereka semua dek kerana belajar jauh-jauh..


With Ausi and Friends

lagi apa lagi ye yang awesome..harini kan saya jumpa cik cah! oh,my classmate kat uitm.. after 2 month tak dapat jumpa sebab dia ambil intersesi..waah,semakin cantik..she already wear hijab..InsyaAllah forever and ever..Alhamdulillah..


me and cah

Ouh,tak lupa jugak saya jumpa budak yang pergi PLKN tuh,Wan Nazmi Aiman..hehe,,tetiba malu pulak nak cerita pasal dia kan.. okay,hanya jumpa dia dalam 4-5 kali je sepanjang 2 bulan saya cuti sebabnya dia dah kena pergi PLKN..tapi saya still happy :)


sweet tak?
Alhamdulillah dapat jumpa dia
Tahniah awak sebab dapat 4 flat for your final exam hari tuh
I'm so proud of you :)

okay,panjangkan entry kali ni? kalau nak cerita satu persatu memang panjang tapi ni yang utamanya lah.. terima kasih sudi baca entry yang panjang berjelar ni..idea mencurah-curah,so tak mampu nak berhenti.. okay lah,see you next entry..Assalamualaikum..