BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 12 November 2012

Setahun pemergian papa

ASSALAMUALAIKUM..

Untuk Ayahanda yang dikasihi sepanjang masa,
Mohamad Radzi Md Rejab

13 November 2011-13 November 2012 genap SETAHUN pemergian papa tercinta dan tersayang. Kenapa masa begitu pantas? kenapa masa begitu cemburu? Kenapa? Salah satu sebab saya tak suka bulan november ialah mengingatkan peristiwa saya kehilangan papa walaupun bulan ni bulan kelahiran saya. Berat hati bila mengenangkan perasaan rindu pada papa.

Ya Allah, aku redha dengan pemergian papa. Aku terima dengan ikhlasnya. Biarpun papa jauh dengan saya, tak dapat lihat dengan mata kasar, Kau dekatkanlah papa dihatiku. Kasih sayang papa tak pernah kurang walaupun papa tak ada. Airmata buat papa tak pernah kering. Doa buat papa tak pernah putus,InsyaAllah. Semuanya segar dalam ingatan ini.


Ada siapa kisah aku sedih? ada siapa ambil peduli aku menangis?
P/s: ni bukan saya. Gambar sekadar hiasan.

Mungkin orang akan nampak aku tersenyum gelak sana sini, kalau nak tahu itu ubat dan penawar aku tuk ceriakan hidup aku. Allah mengambil papa sebab Allah lebih sayangkan dia. Setiap benda Allah dah aturkan dengan baiknya dan dengan sempurnanya.

Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui wajah papa, suara papa, gurauan papa, telatah papa yang suka mengusik. Dah tak ada yang mengusik and cari gaduh dengan saya. Dah tak da yang buat lawak dan suka buat saya gelak tak kering gusi. Semua tinggal kenangan. Semua hanya ada dalam ingatan. Ternyata sangat susah kehilangan seorang insan yang bergelar AYAH.

Ramai kawan-kawan saya yang kehilangan ayah, saya memahami sangat perasaan itu. Saya boleh rasai apa yang dorang rasai. Sebab itu saya kuat sebab tengok kawan-kawan saya semua kuat dan tabah walaupun sebalik ketabahan dan kekuatan itu tersembunyi kesedihan dan kerinduan. Appreciate your parents as long as they life. Makes them proud of you. Jaga nama baik parents and family. Jangan lukakan hati parents kita. Buat mereka menangis kerana kejayaan kita bukan dengan keburukan kita. Love them most after Allah and Rasul. Because parents is priority after Allah and Rasul. Parents is precious awards from Allah. So,jangan hancurkan hati dan harapan mereka.

I love you papa like this one.
Infinity.


Tulus ikhlas dari anakanda yang comel dimatamu,
Intan Syafira Mohamad Radzi